Isnin, 2 Julai 2012

Tambah simpanan emas fizikal dengan Ar-rahnu


Assalamualaikum dan salam sejahtera harap anda semua sihat walafiat disamping keluarga tersayang.Hari ini saya ingin berkongsi tentang pajakan emas di ar-rahnu untuk mendapat modal pusingan untuk membeli dan menambah stok emas kita.Disamping kita mencari modal dengan cara lain ar-rahnu juga berperanan agak penting bagi pelabur emas amatur :D

Membeli emas dan memajak emas adalah proses biasa dan cara lama pelabur emas ini kerana kita mendapat wang semula untuk menambahkan emas kita tanpa kehilangan (menjual ) emas yang sedia ada.Menggunakan ar-rahnu sebagai platform untuk terus menambahkan simpanan emas adalah berbaloi dan mempunyai risiko-risiko tertentu.

Disebabkan pajakan di ar-rahnu mempunyai tempoh selama 6 bulan dan boleh disambung dengan menjelaskan kos upah kita boleh menyimpan emas kita di ar-rahnu selama yang kita mampu  (cthnya di Bank Rakyat) dan hanya 11 bulan di Agro Bank (boleh dipajak semula setelah ditebus + kos upah).

Keuntungan boleh dijana bila berlaku kenaikan harga emas yang boleh meng"cover" balik nilai pinjaman dan kos upah barang yang dipajak.Bila tiada kenaikan atau kenaikan harga emas agak sedikit kemungkinan ada sedikit kerugian..tetapi tidak mengapa teruskan simpan di ar-rahnu dan tebus semula bila ada kenaikan dengan menjual emas yang dibeli dari hasil pajakan,

Walaupun keuntungan hasil dari tebus semula tidak banyak namun anda masih dapat menambah emas secara percuma dari lebihan tunai emas yang ditebus.bagi yang baru hendak mencuba memajak emas saya galakkan tapi sikit-sikit bukan kesemuanya untuk mengambil pengalaman dan boleh mengajar kita supaya menguruskan pelaburan ini dengan lebih efisyen di masa akan datang.

Selamat Mencuba :)

p/s :- Pajak emas satu persatu dan pastikan boleh ditebus secara berperingkat jgn sekaligus.
Anda berminat untuk membeli emas dan mulakan pelaburan emas sila hubungi saya di 017-5327618 @ Pin:272C362B .

0 ulasan:

Comments
0 Comments

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...