Ahad, 17 Jun 2012

Rumusan Seminar Pelaburan Emas Fizikal yang Menguntungkan

     

Assalamualaikum semua kita jumpa lagi...pada hari ni bertarikh 15 jun 2012  jam 9 malam saya telah menghadiri satu seminar Public Gold di cawangan Bishop street di Pulau Pinang.Seminar disampaikan oleh Master dealer Mohd Faizan Daisuki yang terkenal tu hehe..dia founder pelaburjutawan.com.

Dalam seminar yang disampaikan dia mengajar kita bagaimana nak menjadi seorang pelabur emas yang berjaya dan berpotensi untuk cepat kaya hehe.Banyak ilmu pelaburan emas yang dikongsikan kepada peserta yang mana ada dalam sekitar 30 orang.

Saya rasa banyak info yang menarik yang dikongsi oleh MD Faizan contohnya seperti bila masanya kita hendak beli dan jual emas..bukan beli je tak jual-jual..ala untung jugakan tak jual pun...yela memang betul tapi bila kita nak rasa keuntungan macam tu kalau asik beli simpan beli simpan tak jual-jual betul tak? :D

Dengan gaya yang bersahaja dan tenang MD faizan juga mengajar secara asas cara untuk memilih untuk mengambil untung di atas kenaikan dan penurunan serta cara untuk melihat graf dan ketika mana harga emas menurun dan meningkat.

Jadi sekarang saya akan kongsikan intipati penting apa yang saya dapat dan faham dari seminar yang disampaikan iaitu :-
CARA MEMBUAT DAN MEMULAKAN PELABURAN EMAS FIZIKAL

Apabila kita membicarakan mengenai pelaburan emas fizikal tentunya mula-mula sekali kita perlukan

1-MODAL
Tentunya anda semua faham bahawa modal adalah wang untuk membeli emas..tapi sebelum itu modal yang paling utama sekali ialah modal ilmu pelaburan emas,dah cukup faham dan mahir barulah kita mengeluarkan modal wang kita untuk melabur.

2- BELI EMAS
- Banyak emas yang dijual di pasaran.Adakah itu emas yang hendak kita beli untuk dijadikan pelaburan?Walaupun emas semua sama dan bernilai,untuk membuat pelaburan emas kita mesti memilih emas pelaburan bukannya emas-emas lain.Saya akan huraikan apa itu emas pelaburan yang sebenar di entry akan datang.

3- SIMPAN
- Selepas membeli emas pelaburan tentulah kita nak nak simpan tunggu hingga kita untung.Tapi nak tunggu sampai bila?adakah kita beli dan simpan sahaja tanpa membuat apa-apa?

4- JUAL
- Bila kenaikan harga emas kita melepasi harga belian dan target..kita jualkan dan ambil keuntungan darinya..jd bila masa nak beli balik?

 5-BELI LAGI
harga emas akan naik dan turun sekiranya turun melepasi apa yang kita harapkan kita beli kalau belum tunggu dulu kerana emas tentunya akan turun ke paras rendah sedikit walaupun kita tahu paras rendah harga emas tidak akan sama seperti sebelum-sebelumnya.

Itulah serba sedikit intipati-intipati asas pelaburan emas fizikal yang saya dapat dan faham dari apa yang disampaikan oleh MD Faizan..kalau salah fahaman saya harap maafkan kerana saya budak baru belajar :D

0 ulasan:

Comments
0 Comments

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...