Khamis, 14 Jun 2012

Sejarah Wang Fiat@Duit Kertas



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini ramai yang menyebut istilah duit tanpa menyedari perbezaan yang ketara antara 'wang' dan 'matawang'. 

Wang atau dalam bahasa inggeris adalah 'money' manakala matawang adalah 'currency'. 

Tetapi oleh kerana, budaya dan bahasa kita yang biasa menyebut duit semata, kita tidak sedar kedua istilah Money & Currency adalah berbeza dari segi istilah dan nilainya. 

Oleh itu, mari kita kupas isu sejarah duit ini dengan lebih mendalam. Sebelum itu, kita kena ketahui juga apa yang dimaksudkan dengan duit. Secara ringkasnya, duit ialah satu medium pertukaran kepada barangan atau perkhidmatan, dengan memegang sekian nilai yang dipersetujui oleh kedua pihak pelanggan & peniaga atau pembekal perkhidmatan.


Sejak beribu tahun yang lepas, manusia sudah menggunakan emas & perak sebagai asas pertukaran. Duit asal manusia adalah logam bernilai seperti emas & perak kerana keduanya mempunyai sifat dan nilai intrinsik yang kekal secara semulajadi. Berbanding kulit siput cowry atau logam besi yang tidak berjaya kerana kelemahan mampu dibinasakan, emas & perak mendapat tempat di hati datuk nenek moyang kita sejak beribu tahun yang lepas sebagai wang atau duit. Ini kerana sifat emas yang berkilauan dan cantik, menyebabkan sesiapan sahaja akan bersetuju untuk menukarkan barang mereka atau memberikan perkhidmatan kepada pemiliknya. Begitu juga dengan logam putih, perak yang berkilauan. 

Syiling emas pertama wujud sebagai duit di dunia ialah syiling 'the lydian lion' oleh kerajaan purba lydia. 

Lydian Lion (depan)

Lydian Lion (belakang)

Syiling perak yunani

Syiling emas Rom

Syiling perak Rom

Dinar emas tamadun arab lama

Dirham perak tamadun arab lama

Syiling emas nupam Kerajaan India lama


Sistem wang emas & perak ini kekal beberapa kurun lamanya di dunia di pelbagai tamadun.

Di tamadun china, wujud wang tahil emas & tahil perak. Semua dagangan dunia pada masa itu adalah dalam emas dan perak sebagai medium utama pertukaran. Emas & perak adalah wang pada masa itu.

Kemudiannya, di akhir tahun 1700an dan sekitar awal tahun 1800-an, konsep mula berubah sedikit. Oleh kerana membawa wang (emas & perak) yang banyak ke sana sini adalah agak sukar, manakala menyimpannya di rumah masing-masing semata-mata agaklah membimbangkan. 

Jadi, wujud konsep bank pertama di dunia, apabila pihak mereka menawarkan untuk menyimpan wang orang ramai di tempat mereka. Sebagai ganti, mereka akan isukan kertas bertulis IOU yang mewakili wang penyimpan-penyimpan  tadi sebagai ganti. Seumpama surat yang mewakili wang mereka. Surat atau kertas bertulis yang mewakili emas & perak.

Surat itu bernilai kerana adanya simpanan sebanyak mana emas & perak di simpanan bank tadi. Bank ini bermula di tempat-tempat tukang emas yang mempunyai bilik kebal serta kuil-kuil atau gereja-gereja lama yang mempunyai struktur bilik yang kukuh serta selalu dikunjungi orang ramai. Atas keselamatan inilah, ramai orang mula menukarkan wang mereka kepada kertas yang mewakili emas & perak masing-masing. Tapi manusia pada waktu ini masih belum lupa bahawa, wang yang sebenar masih lagi emas & perak.


Antara IOU kertas terawal yang mewakili 'duit sebenar' emas & perak, 1779.
Kemudian beberapa siri perwakilan wang dan kertas IOU berlaku di seluruh dunia. Manusia mula membawa kertas-kertas ini untuk membeli dan berdagang.Jika mereka ingin mendapatkan wang yang sebenar, mereka hanya perlu pergi menuntutnya di bank-bank berkenaan yang menyimpan emas & perak, iaitu wang sebenar.

Dipendekkan cerita, wang yang diwakilkan dengan kertas ini boleh digelar matawang kertas. Kerajaan US adalah antara peyimpan emas & perak terbesar dunia mula mencetak matawang USD dengan nisbah rizab emas & perak yang mereka ada.Matawang ini digelar 'Silver Certificate' dan "gold Certificate' kerana not kertas dollar itu tidaklah bernilai melainkan adanya perak & emas. Not kertas USD hanyalah sijil kertas yang mewakili wang yang sebenar, emas & perak.


1 Silver Dollar (depan)

Silver certificate yang mewakili perak (1868-1957)

10 dollars in Gold Coin (depan)

Gold Certificate yang mewakili emas (1863 -1928)

USD pada hari ini.

Jika, kita perasan, di not-not USD ini ada tertulis perkataan 'gold certificate' dan 'silver certificate'. Malah ianya tidak terus dipanggil dollar, tetapi 'silver dollar' atau 'gold dollar' atau 'in gold coin'. Perkataan yang paling utama pada not-not ini ialah pada bahagian bawahnya, iaitu, "PAYABLE TO THE BEARER ON DEMAND". Maksudnya, sesiapa sahaja memegang not-not ini boleh pergi menuntut emas & perak mereka di bank.

Pada waktu itu, sebelum 1933, sesiapa sahaja yang memegang not USD ini boleh menukarkan not kertas mereka dengan emas & perak di kaunter-kaunter bank. Ini jelas menunjukkan intergriti wang sebenar masih boleh dimiliki oleh orang ramai. 

Namun, sejarah sentiasa berubah dan diubah oleh kerajaan US kerana, berlakunya beberapa siri peperangan yang besar, yang menyebabkan mereka terpaksa mencetak USD melebihi rizab sebenar emas & perak yang mereka ada. Ini menyebabkan berlakunya inflasi yang tinggi serta susut nilai matawang USD sertas matawang-matawang lain seluruh dunia khususnya akibat percetakan yang berleluasa sehingga ke hari ini.

Mari kita lihat kronologi utama sehingga, matawang kita hari ini tidak lagi bersandarkan pada emas & perak (wang yang sebenar) tetapi hanyalah cetakan atas angin yang teruk dibaham inflasi. 


1914 - piawai emas dibatalkan kerana Perang Dunia I, percetakan USD lebih banyak dari  simpanan emas yang dimilikinya.
1929 - Kemelesetan ekonomi dunia, USD20=1oz
1933 - FD Roosevelt menetapkan USD35 = 1oz Emas.
(april 1933 – act to prohibit citizen keep gold)
1941 - Perang Dunia II
1944 - Perjanjian Bretton Woods & IMF diwujudkan. 
Memilih hanya USD boleh tukar untuk emas. Kerajaan sahaja (bank pusat) yang boleh tukar kepada emas & perak, dan orang perseorangan tidak boleh. Mereka janji 1oz emas untuk setiap $35
1960 - Perang Vietnam - USA
1970 - USA menanggung defisit hutang melebihi USD37 billion
1971 - Presiden Richard Nixon membatalkan sepenuhnya piawaian emas dan USD. Tidak lagi boleh tukar USD – Emas.
1971 sehingga sekarang, USA boleh mencetak USD sewenang-wenangnya secara atas angin. 
Cetakan secara besar-besaran setiap hari (sila perhatikan jumlah USD yang dicetak pada atas kiri blog ini - US National Debts clock)

Susut nilai berlaku dengan lebih pantas apabila cetakan USD semakin laju dan banyak tanpa kawalan secara atas angin dan tidak bersandarkan pada emas & perak.

0 ulasan:

Comments
0 Comments

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...