Jumaat, 22 Jun 2012

harga emas menjunam?untung?rugi?

Graf di atas menunjukkan harga emas dunia yang sepanjang 3hari bermula pada 20,21,22 Jun 2012

Assalamualaikum kita bertemu lagi dalam entry baru ini..hari ini saya nak kongsikan berkenaan dengan penurunan harga emas dan perak yang pasti menakutkan pada pemilik emas baru :P ( Saya ok jer sebab dah biasa ).

Sejak 3 hari lepas harga emas dan perak menurun dengan agak agresif ini mungkin disebabkan pengukuhan mata wang Amerika iaitu USD.Hal ini berlaku disebabkan pemilihan pertukaran matawang di antara EURO dan USD di negara Greece yang bankrap.Ini tidak bermakna pengukuhan ini akan terus kekal.

Kejatuhan harga emas dan perak dunia kalau nak diikutkan pada data kitco menunjukkan bahawa penurunan emas berlaku dalam tempoh 4 tahun sekali..mari kita tengok data kitco di bawah ini :-


Data di atas menunjukkan prestasi kenaikan harga emas dalam bentuk percen tahunan

Cuba kita lihat pada tahun 2004,harga emas cuma meningkat sebanyak 5.4% sahaja.manakala tahun 2008 kenaikan emas hanya 5.6% dan pada tahun ini juga tak terkecuali dengan tanpa apa-apa kenaikan lagi.tentu anda semua merasa rugi ketika harga kejatuhan emas sedangkan anda beli sebelum harganya jatuh kan?

Tidak..tidak benar sama sekali ini kerana sekiranya kejatuhan harga emas berlaku sekalipun emas yang dalam simpanan anda tidak berganjak.kalau dulu anda beli 10 gram..ia tetap 10 gram dan tidak berkurang yang turun cuma nilainya sahaja bukan emasnya :)

Bagi yang membeli emas untuk pulangan jangka pendek mesti rasa amat rugi sekali bila tengok graf tersebut..tapi nasihat saya jangan takut kerana harga emas tidak boleh dijangka kerana tiada siapa pun didalam dunia ini yang mengawalnya.Saya jangkakan akan ada kenaikan selepas ini walaupun tidaklah begitu lumayan.

Bagi yang memang mahu melabur jangka masa panjang dalam emas hal ini tentunya satu bonus untuk kita memiliki lagi tambahan emas kerana harganya turun.jadi tidak timbullah masalah kerugian kerana kita tahu kerugian ini hanyalah sementara dan emas menjamin kekayaan dan keuntungan di masa akan datang.

psstt :- bagi mereka yang nampak potensi kenaikan emas ini dan berminat untuk membeli dan melabur sila hubungi saya di 017-5327618 @ BBM Pin:272C362B :D

0 ulasan:

Comments
0 Comments

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...