Rabu, 27 Jun 2012

sistem ar-rahnu bank rakyat menipu?






Asslamualaikum dan salam sejahtera..alhamdulillah kita bertemu lagi dalam ruangan kali ini.Hari ini saya nak berkongsikan berkenaan dengan pajak gadai islam iaitu sistem ar-rahnu.Secara umum mengetahui bahawa pelabur emas sentiasa berurusan dengan sistem ini supaya dapat modal secara mudah dan cepat untuk menambahkan lagi simpanan emas.

Bagi saya sendiri pun serimg berurusan dengan ar-rahnu bagi mudah mendapat wang untuk membeli emas lagi.Sistem pajak gadai ini digemari oleh pelabur emas untuk 'rolling' modal tanpa menjual emas yang sedia ada dan secara tak langsung menambahkan 'stok' yang sedia ada.

Akan tetapi apa yang saya lalui sejak dua menjak ini saya mendapati sistem ar-rahnu terutamanya di bank rakyat selalu saja 'down' dan 'offline' saya tak tahu sama ada ini disengajakan atau tidak ini kerana sejak dari minggu lepas hingga semalam sistem ar-rahnu ini 'offline'.

Saya rasa amat dukacita sebab terpaksa berulang alik ke bank rakyat untuk cuba memajakkan emas saya.Saya rugi masa,wang dan tenaga saya tanpa mendapat apa-apa.Saya ada membuat komplen tapi hanya secara lisan sahaja.Mereka mengatakan kami dah buat report tapi masih begini,dan mereka salahkan internet adakah patut?

Salah satu lagi,berkaitan dengan emas yang kita hendak pajakkan di ar-rahnu...bilamana bacaan emas kita yang dibaca oleh mesin densimeter (mesin bacaan emas ) tidak mendapat bacaan yang sepatutnya sedangkan di lain tempat seperti public gold dan kedai emas biasa bacaannya tepat.Contohnya bila kita letak emas 916 22k..bacaan bank rakyat hanya 875 20k ini dikira menipu pelanggan.

Saya sempat menyelidik kalau-kalau dalam internet ini ada masalah sama yang berlaku macam saya...hasilnya...ya memang ada..bank rakyat akan membaca emas kita bawah sedikit dari gred asal.Saya rasa perkara ini tak patut berlaku sebab ini adalah satu bentuk penipuan terancang.Rupa-rupanya memang mereka sengaja membuat bacaan rendah andaikata pemilik emas tidak dapat menebus emas mereka.Bank akan melelong dengan harga 10% pasaran untuk mendapat keuntungan dan lebihan akan dipulangkan kepada penggadai.





Ps: ini adalah pandangan dan luahan hati penulis dari kacamata seorang pelanggan.

0 ulasan:

Comments
0 Comments

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...