Khamis, 12 Julai 2012

Bahana simpan duit RM 60,000 di rumah


Maaf Gambar tak berapa jelas dan duduk xbetul jenuh buat (pixel besar kut)

Assalamualaikum dan salam sejahtera kita jumpa lagi..hari nie nak coret sikit je tak banyak..saya nak kongsikan berita muka depan harian metro pasal duit hangus macam gambar kat atas. Tarikh metro ni ialah 11 Jul 2012.saya cuma tertanya2 kenapa simpan duit begitu banyak kat dalam rumah..dan bila jadi apa-apa kan dah susah :(

p/s : saya cuma terbayang kalaulah duit banyak tu cepat2 tukar kepada emas dan perak.pasti boleh jumpa balik..sebab emas tak mudah lebur pada suhu kebakaran biasa.mesti xrugi sangat kn? :)

BERBEZA PULA BAGI SITUASI DIBAWAH IMBUHAN BAGI PEMENANG OLIMPIK

habuan pun sekarang orang bagi dalam emas kn kenapa?
Gambar pemain badminton kebangsaan Lee Chong Wei memegang ketul emas bernilai 2 juta wow! dengar cerita seberat 12.5 kg!!! kenapa orang yang sponser hadiah tu tak bagi wang tunai ek?sebab dorang tau duit yang kita ada sekarang ni cepat susut nilai dan tak bernilai satu hari nanti jadi dorang bagi emas,sebab emas sentiasa bernilai sampai bila-bila.

Jadi sekiranya harga emas yang LCW pegang tu harganya sekian-sekian pada hari ni dan akan datang harganya akan berganda-ganda dari nilai asal jadi tersangatlah untung bila orang dapat emas percuma,simpan emas,beli emas,melabur emas,dan menjual emas.

Asyik emas je perak cmna ada orang tanya kat saya...sama je saya kata sapa ada membuat urusan berkaitan emas dan perak dua-dua tetap untung :) Tunggu apa lagi marilah bersama-sama sertai saya  beli,simpan,labur dan menjual emas :)

p/s : Berminat hendak memulakan pelaburan dan menjual beli dengan menjadi dealer sila hubungi saya Auzier 017-5327618 / 013-5027936 @ Pin:272C362B




Read more »

Selasa, 10 Julai 2012

Duit Kertas akan jadi seperti kertas tisu

1-Asslamualaikum salam sejahtera kita jumpa lagi hari ini saya ingin kongsikan kepada anda semua mengenai video sebuah syarahan oleh Syeikh Imran Nazar Hosein mengenai penggunaan matawang kertas di dunia.Video ini mengupas sedikit sebanyak mengenai kejatuhan Sistem Wang kertas secara total nanti.Video ini boleh didapati di youtube,terima kasih kepada ShahDinarOfficial atas video ini.
2-  Siapakah Syeikh Imran Nazar Hosein ini?Dia adalah seorang pengkaji konspirasi dan menentang sistem kapitalis barat maklumat lanjut mengenai beliau boleh didapati di SINI dan SINI . Di dalam video berdurasi selama 4.55 minit ini menceritakan secara jelas akan berlakunya keruntuhan sistem kewangan dunia yang menggunakan wang kertas.   
3-Untuk maklumat semua seperti yang kita maklum,wang kertas adalah digunakan sebagai medium perantaraan untuk berjual beli atau membuat pertukaran.Sejarah juga telah membuktikan lihat SINI Sistem ini adalah ciptaan manusia yang penuh dengan riba' dan menindas manusia.Pada asalnya emas dan perak adalah wang sebenar yang patut digunakan.Sebab itu emas dan perak tidak pernah tidak bernilai.
4-Oleh itu sebelum terlambat marilah kita sama-sama berusaha menyimpan emas dan perak walaupun sedikit,emas dalam bentuk apa yang ingin disimpan adalah terpulang yang penting ianya adalah emas.Contoh-contoh emas dan perak yang boleh disimpan dalam bentuk apa boleh tengok SINI 
   
5 Bagi yang mahu memulakan langkah dengan menyimpan emas dan perak atau berniaga dengan menjual beli emas dan menjadi Dealer boleh hubungi saya Auzier di 017-5327618 @ Pin:272C362B
Read more »

Sabtu, 7 Julai 2012

harga emas turun semula setelah 2 minggu naik

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua..hari ini saya ingin berkongsi berkaitan dengan penurunan harga emas dan perak setelah dua minggu naik.Di atas adalah gambar yang saya print screen dari laman web public gold untuk menunjukkan penurunan harga emas dan perak dunia setelah naik ke paras tertingginya minggu lepas sekitar 1620 usd per auns.  Cuba lihat harga emas 3hari yang lepas dibawah ini.


 Nampak tak perbezaan yang agak ketara penurunan harga emas dan perak..ni gambar yang sempat saya snap tapi untunk pengetahuan semua Contoh harga satu dinar pada gambar di atas ialah RM 726 tetapi sebelum itu harganya RM 730!!! 

Jadi sekaranglah masa kita ingin membeli dan menyimpan emas.Ramai yang tertanya-tanya adakah tahun ini adalah tahun kejatuhan harga emas dan perak??mengikut keadaan harga semasa pada tahun ini saya katakan YA harga emas turun sedikit tapi bukan jatuh :) dan ia akan mula mendaki berterusan sehingga ke puncak tertinggi baru pada tahun-tahun akan datang.

Senario ini pernah berlaku pada tahun 2004 dan 2008..walaupun harganya turun kenaikannya pasti ada..xpercaya sila semak di kitco sendiri.Saya merasakan harga emas dan perak turun kerana memberi peluang kepada manusia untuk memilikinya..mana mungkin harga emas sentiasa naik berterusan tanpa turun sedikit dan menghalang kita dari memilikinya :)

Ini kerana memang lumrah alam..lebih-lebih lagi kedua-dua logam berharga ini adalah ciptaan Yang Maha Esa untuk kita..jadi DIA lah yang maha mengetahui dan apa yang terbaik kepada hamba-hambanya.Semoga kita dipermudahkan urusan di dunia yang sementara ini Amin.

Jadi kepada mereka yang ingin membeli dan memiliki serta menjadi Dealer Public Gold bersama saya boleh hubungi saya 017-5327618 saya akan membantu insyaallah :)
Read more »

Isnin, 2 Julai 2012

Tambah simpanan emas fizikal dengan Ar-rahnu


Assalamualaikum dan salam sejahtera harap anda semua sihat walafiat disamping keluarga tersayang.Hari ini saya ingin berkongsi tentang pajakan emas di ar-rahnu untuk mendapat modal pusingan untuk membeli dan menambah stok emas kita.Disamping kita mencari modal dengan cara lain ar-rahnu juga berperanan agak penting bagi pelabur emas amatur :D

Membeli emas dan memajak emas adalah proses biasa dan cara lama pelabur emas ini kerana kita mendapat wang semula untuk menambahkan emas kita tanpa kehilangan (menjual ) emas yang sedia ada.Menggunakan ar-rahnu sebagai platform untuk terus menambahkan simpanan emas adalah berbaloi dan mempunyai risiko-risiko tertentu.

Disebabkan pajakan di ar-rahnu mempunyai tempoh selama 6 bulan dan boleh disambung dengan menjelaskan kos upah kita boleh menyimpan emas kita di ar-rahnu selama yang kita mampu  (cthnya di Bank Rakyat) dan hanya 11 bulan di Agro Bank (boleh dipajak semula setelah ditebus + kos upah).

Keuntungan boleh dijana bila berlaku kenaikan harga emas yang boleh meng"cover" balik nilai pinjaman dan kos upah barang yang dipajak.Bila tiada kenaikan atau kenaikan harga emas agak sedikit kemungkinan ada sedikit kerugian..tetapi tidak mengapa teruskan simpan di ar-rahnu dan tebus semula bila ada kenaikan dengan menjual emas yang dibeli dari hasil pajakan,

Walaupun keuntungan hasil dari tebus semula tidak banyak namun anda masih dapat menambah emas secara percuma dari lebihan tunai emas yang ditebus.bagi yang baru hendak mencuba memajak emas saya galakkan tapi sikit-sikit bukan kesemuanya untuk mengambil pengalaman dan boleh mengajar kita supaya menguruskan pelaburan ini dengan lebih efisyen di masa akan datang.

Selamat Mencuba :)

p/s :- Pajak emas satu persatu dan pastikan boleh ditebus secara berperingkat jgn sekaligus.
Anda berminat untuk membeli emas dan mulakan pelaburan emas sila hubungi saya di 017-5327618 @ Pin:272C362B .
Read more »

Rabu, 27 Jun 2012

sistem ar-rahnu bank rakyat menipu?






Asslamualaikum dan salam sejahtera..alhamdulillah kita bertemu lagi dalam ruangan kali ini.Hari ini saya nak berkongsikan berkenaan dengan pajak gadai islam iaitu sistem ar-rahnu.Secara umum mengetahui bahawa pelabur emas sentiasa berurusan dengan sistem ini supaya dapat modal secara mudah dan cepat untuk menambahkan lagi simpanan emas.

Bagi saya sendiri pun serimg berurusan dengan ar-rahnu bagi mudah mendapat wang untuk membeli emas lagi.Sistem pajak gadai ini digemari oleh pelabur emas untuk 'rolling' modal tanpa menjual emas yang sedia ada dan secara tak langsung menambahkan 'stok' yang sedia ada.

Akan tetapi apa yang saya lalui sejak dua menjak ini saya mendapati sistem ar-rahnu terutamanya di bank rakyat selalu saja 'down' dan 'offline' saya tak tahu sama ada ini disengajakan atau tidak ini kerana sejak dari minggu lepas hingga semalam sistem ar-rahnu ini 'offline'.

Saya rasa amat dukacita sebab terpaksa berulang alik ke bank rakyat untuk cuba memajakkan emas saya.Saya rugi masa,wang dan tenaga saya tanpa mendapat apa-apa.Saya ada membuat komplen tapi hanya secara lisan sahaja.Mereka mengatakan kami dah buat report tapi masih begini,dan mereka salahkan internet adakah patut?

Salah satu lagi,berkaitan dengan emas yang kita hendak pajakkan di ar-rahnu...bilamana bacaan emas kita yang dibaca oleh mesin densimeter (mesin bacaan emas ) tidak mendapat bacaan yang sepatutnya sedangkan di lain tempat seperti public gold dan kedai emas biasa bacaannya tepat.Contohnya bila kita letak emas 916 22k..bacaan bank rakyat hanya 875 20k ini dikira menipu pelanggan.

Saya sempat menyelidik kalau-kalau dalam internet ini ada masalah sama yang berlaku macam saya...hasilnya...ya memang ada..bank rakyat akan membaca emas kita bawah sedikit dari gred asal.Saya rasa perkara ini tak patut berlaku sebab ini adalah satu bentuk penipuan terancang.Rupa-rupanya memang mereka sengaja membuat bacaan rendah andaikata pemilik emas tidak dapat menebus emas mereka.Bank akan melelong dengan harga 10% pasaran untuk mendapat keuntungan dan lebihan akan dipulangkan kepada penggadai.





Ps: ini adalah pandangan dan luahan hati penulis dari kacamata seorang pelanggan.
Read more »

Ahad, 24 Jun 2012

Konsep pilihan pelaburan emas di Malaysia

Assalamualaikum semua kita bertemu lagi dalam entry baru saya ini.hari ini saya ingin kongsikan mengenai konsep pilihan pelaburan emas di malaysia yang saya dapat dari seminar percuma public gold bersama pokli di penang tempoh hari.

Seperti anda semua sedia maklum bahawa pelaburan dalam emas dan perak adalah suatu pelaburan yang paling kurang berisiko dan paling menguntungkan para pelabur..mengapa saya kata begitu?mari kita lihat sedikit konsep-konsep asas bagi pelaburan berkaitan emas dan perak ini.

Konsep asas pelaburan emas dan perak.



1- Manipulasi
Maksudnya emas yang anda simpan tu boleh dimanipulasi dari segi harga dan kuantitinya.Kesempatan ini boleh diambil daripada kejatuhan dan kenaikan harga emas contohnya jika harga emas naik anda boleh mengandakan wang anda dengan menjualnya semula dan jika harga emas menurun anda boleh memajak dan membeli lagi emas untuk tambahkan kuantiti yang ada..secara tak langsung jika ada kenaikan dan penurunan harga emas sekalipun dua-dua anda untung :)

2-Jualan secara pajakan/Ar-rahnu
Jika anda betul-betul ingin melabur dalam emas cara terbaik memajakkan emas anda untuk MEMBELI EMAS BARU bukan membeli barang-barang yang tidak ada kaitan dengan emas.ini kerana matlamat pelaburan ini untuk mendapatkan keuntungan maksimum dengan emas.Cara ini juga berkait rapat dengan konsep manipulasi tadi.

3-Pembayaran keuntungan secara % bulanan
Siapa kata pelaburan emas fizikal kena tunggu lama-lama macam pelaburan yang lain?sedangkan kalau kita beli emas hari ini contohnya dan berlaku kenaikan mendadak pada esoknya,minggu depan atau bulan depan mengatasi TARGET yang kita mahu.Kita jual untuk ambil keuntungannya.bila harga emas turun kita beli balik dengan harga murah.apatah lagi kalau kita simpan emas dalam jangka masa panjang tentulah untung berlipat ganda :D

4-Spekulasi ( Ramalan Harga)
Bagi yang telah lama dalam pelaburan emas mereka tentu tahu konsep ini kerana ia adalah salah satu dari cara-cara memaksimumkan keuntungan melalui emas.Contohnya meramalkan kenaikan harga emas berdasarkan keadaan ekonomi dunia adalah penting kerana sepertimana yang kita tahu harga emas berlawanan dengan matawang ekonomi dunia iaitu USD.Maknanya jika USD naik emas turun dan begitulah sebaliknya.Dalam keadaan ekonomi Amerika yang tidak kukuh tentunya akan melonjakkan harga emas di masa akan datang!

5-Pelabur emas.
Ramai yang jadi pelabur emas di malaysia ini secara langsung ataupun tidak.Sesiapa yang membeli emas,menyimpan dan ingin mengambil keuntungan emas di masa akan datang juga di panggil pelabur :)

6-Peniaga emas.
Orang yang membeli,menyimpan,menjual dan membeli balik emas adalah seorang yang berniaga emas dan juga seorang pelabur secara tak langsung,Peniaga emas mendapat mendapat EMPAT keuntungan dari menyimpan,menjual,membeli dan melabur yang mana kesemuanya memberi keuntungan lebih berbanding pelabur emas semata-mata.Jadi yang mana lebih untung pelabur atau pelabur yang meniaga emas?anda tentu mempunyai jawapannya :P

Berminat dalam pelaburan emas dan ingin menjadi dealer boleh hubungi saya di
017-5327618 @ BBM Pin:272C362B 
Read more »

Jumaat, 22 Jun 2012

harga emas menjunam?untung?rugi?

Graf di atas menunjukkan harga emas dunia yang sepanjang 3hari bermula pada 20,21,22 Jun 2012

Assalamualaikum kita bertemu lagi dalam entry baru ini..hari ini saya nak kongsikan berkenaan dengan penurunan harga emas dan perak yang pasti menakutkan pada pemilik emas baru :P ( Saya ok jer sebab dah biasa ).

Sejak 3 hari lepas harga emas dan perak menurun dengan agak agresif ini mungkin disebabkan pengukuhan mata wang Amerika iaitu USD.Hal ini berlaku disebabkan pemilihan pertukaran matawang di antara EURO dan USD di negara Greece yang bankrap.Ini tidak bermakna pengukuhan ini akan terus kekal.

Kejatuhan harga emas dan perak dunia kalau nak diikutkan pada data kitco menunjukkan bahawa penurunan emas berlaku dalam tempoh 4 tahun sekali..mari kita tengok data kitco di bawah ini :-


Data di atas menunjukkan prestasi kenaikan harga emas dalam bentuk percen tahunan

Cuba kita lihat pada tahun 2004,harga emas cuma meningkat sebanyak 5.4% sahaja.manakala tahun 2008 kenaikan emas hanya 5.6% dan pada tahun ini juga tak terkecuali dengan tanpa apa-apa kenaikan lagi.tentu anda semua merasa rugi ketika harga kejatuhan emas sedangkan anda beli sebelum harganya jatuh kan?

Tidak..tidak benar sama sekali ini kerana sekiranya kejatuhan harga emas berlaku sekalipun emas yang dalam simpanan anda tidak berganjak.kalau dulu anda beli 10 gram..ia tetap 10 gram dan tidak berkurang yang turun cuma nilainya sahaja bukan emasnya :)

Bagi yang membeli emas untuk pulangan jangka pendek mesti rasa amat rugi sekali bila tengok graf tersebut..tapi nasihat saya jangan takut kerana harga emas tidak boleh dijangka kerana tiada siapa pun didalam dunia ini yang mengawalnya.Saya jangkakan akan ada kenaikan selepas ini walaupun tidaklah begitu lumayan.

Bagi yang memang mahu melabur jangka masa panjang dalam emas hal ini tentunya satu bonus untuk kita memiliki lagi tambahan emas kerana harganya turun.jadi tidak timbullah masalah kerugian kerana kita tahu kerugian ini hanyalah sementara dan emas menjamin kekayaan dan keuntungan di masa akan datang.

psstt :- bagi mereka yang nampak potensi kenaikan emas ini dan berminat untuk membeli dan melabur sila hubungi saya di 017-5327618 @ BBM Pin:272C362B :D
Read more »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...