Sabtu, 16 Jun 2012

Teknik-Teknik Mendapatkan keuntungan


Teknik-teknik menjana keuntungan dengan emas.
 
                                                                             
1. Beli emas fizikal dan pegang selama yang mungkin sebagai aset.                      
2. Beli emas fizikal ketika harga rendah dan jual apabila harga tinggi
3. Buat pinjaman semaksimum mungkin dan beli emas fizikal
4. Membuat keuntungan dengan emas fizikal (menggunakan teknik pajak)
5. Melabur sambil berniaga emas.

Teknik 1: Beli Emas Fizikal dan Pengang Selama Yang Mungkin Sebagai Aset.

Teknik ini lebih menjurus kepada membeli emas sebagai aset. Anda beli emas fizikal dan peganglah ia selama yang mungkin contohnya 5 – 10 tahun. Emas ini akan menjadi sumber tunai/pinjaman anda. Anda tidak terfikir langsung untuk menjual emas ini.
Bagaimana membuat keuntungan dengan cara ini?
Dengan andaian harga emas naik 27% setahun di dalam jangka masa panjang anda akan nampak keuntungan apabila anda pergi memajak emas ini di Ar-Rahnu. Ini kerana, semakin tinggi nilai emas anda maka semakin banyak wang yang anda boleh pinjam di Ar-Rahnu. Semakin banyak wang yang anda boleh pinjam maka semakin banyak perkara yang boleh anda lakukan.


SEBAGAI CONTOH....


*Anda membeli 100 gram emas pada tahun 2009 dengan harga RM11 400.
Maka nilai pinjaman daripada Ar-Rahnu (andaian: Bank Rakyat) pada tahun 2009
ialah: 65% x RM11400 = pinjaman RM7410

*Pada tahun 2013, dengan andaian harga emas anda naik 108%
Maka nilai emas naik menjadi RM23 712 maka nilai pinjaman Ar-Rahnu
65% x RM23 712 = RM15 412.80

*Pada tahun 2017, dengan andaian harga emas anda naik 216%
menjadi RM36 024 maka nilai pinjaman Ar-Rahnu
65% x RM36 024= RM23 415.60

*Pada tahun 2021, dengan andaian harga emas anda naik 324%
menjadi RM48 336 maka nilai pinjaman Ar-Rahnu
65% x RM48 336= RM31 418.40

#Kita boleh lihat di sini, emas yang dibeli pada tahun 2009 dengan harga RM11 400
boleh memberikan pinjaman bernilai RM31 418.40 setelah 12 tahun


Ini adalah kaedah yang termudah sekali. Beli ketika harga rendah dan jual pada harga tinggi.gold bar.spread emas tersebut maka lebih cepat anda mendapat keuntungan.target keuntungan anda maka anda boleh jual balik dan beli.  

Teknik 2: Beli emas fizikal ketika harga rendah dan jual apabila harga tinggi

Emas yang sesuai digunakan ialah emas fizikal seperti Dinar Emas, Public Gold Lebih rendah
Anda beli emas fizikal ini kemudian simpan elok-elok. Apabila harga naik melepasi memperoleh keuntungan.
Memandangkan emas yang dibeli adalah emas fizikal, anda boleh memajaknya di Ar-Rahnu kalau nak pakai duit. Jadi tak perlu risau modal terbeku. Itu sebabnya saya amat menggalakkan anda membeli emas fizikal.


Kebaikan:

1. Anda berkemungkinan boleh menjual dengan harga yang lebih tinggi dari harga pasaran
kepada orang yang berminat nak beli emas fizikal anda. So boleh tambah untung lagi


Teknik 3 : Buat pinjaman semaksimum mungkin dan beli emas fizikal
Berdasarkan analisa saya membuat pinjaman dan membeli emas fizikal memang menguntungkan. Ini kerana pinjaman untuk membeli emas fizikal adalah pinjaman yang baik.

“Pinjaman yang baik ialah pinjaman yang menyebabkan anda menjadi bertambah kaya
Pinjaman yang buruk ialah pinjaman yang menyebabkan anda bertambah miskin”


MENGAPA SAYA YAKIN TERHADAP TEKNIK INI?
Berdasarkan kepada pembacaan yang intensif dan kajian yang menyeluruh , kesemua pakar
pelaburan memberitahu bahawa sekarang zaman kenaikan emas.
Sistem kewangan berasaskan kredit telah mengalami masalah. Dengan kata lain harga emas
memang berpotensi tinggi meningkat naik.
Kita pun tahu krisis ekonomi telah melanda Amerika Syarikat dan akhirnya merebak ke seluruh dunia.
Dengan situasi ekonomi yang tidak menentu, kita sudah dapat lihat harga emas telah naik sehingga mencecah USD1000 / Oz.
Ini adalah kenaikan harga yang sukar dibayangkan memandangkan harga emas pada tahun 1970-an hanyalah USD35/Oz.
Jadi dalam tempoh 40 tahun, harga emas mencanak naik daripada USD35 / Oz kepada
USD 1000 / OZ (sekarang ini harga emas sekitar USD953 USD / Oz)


SIFAT HARGA EMAS.
Untuk berjaya di dalam pelaburan emas , kita kena tahu bahawa emas ini termasuk dalam
kategori komoditi. Sifat komoditi ialah harganya akan berubah-ubah mengikut trend sama
ada harga menaik atau harganya menurun.

0 ulasan:

Comments
0 Comments

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...