Rabu, 13 Jun 2012

Pelaburan Emas

Emas Pelaburan Jangka Panjang
  • PERTAMA. Emas adalah simpanan JANGKA PANJANG. Paling minimum ialah setahun. Kalau nak beli emas, kena guna duit yang agak-gak tak pakai dalam masa setahun, ataupun 2, 3 tahun akan datang.
Harga Emas Ada Turun Naik
  • KEDUA. Harga emas ada turun naiknya. Tapi kalau ikut track record, ianya sentiasa menaik dalam jangka panjang. Dari sudut sunnatullah, tak ada benda yang sentiasa naik dan tak jatuh-jatuh. Suatu masa nanti saya fikir harga emas akan jatuh juga seperti tahun 1980an. Walaupun begitu, emas adalah simpanan paling selamat sebab emas sentiasa berharga sepanjang zaman. Kalau ianya jatuh, bukan macam jatuhnya harga saham yang boleh hilang terus nilainya. Emas sepatutnya boleh dijadikan SEBAHAGIAN dari pelaburan, bukan 100% simpanan digunakan untuk membeli emas.
Adakan Dana Kecemasan Dulu
  • KETIGA. Sebelum beli emas, ada baiknya anda adakan dana lain juga untuk waktu-waktu kecemasan. Untuk Dana kecemasan, saya simpan di Tabung Haji.
Beli Emas Dengan Modal RM1,000
  • KEEMPAT. Untuk modal RM1,000, puan boleh beli 1 dinar emas (harga sekitar RM670) dan selebihnya boleh beli 12 keping Dirham Kelantan (logam perak). Harga 1 dirham hari ni ialah RM26. Untuk makluman anda, harga logam perak jauh lebih murah, tetapi kenaikannya jauh lebih cepat dari emas. Dalam masa setahun yang lepas, harga logam perak naik melebihi 100% setahun! Dan orang Cina lebih suka beli perak berbanding emas. Cuma kekurangan perak ialah, tak boleh dipajak. Kecairannya kurang sikit dari emas.
Dinar Kelantan dan Dinar Public Gold
  • KELIMA. Pada saya, Dinar emas yang paling baik untuk anda beli ialah Dinar Public Gold, ataupun Dinar Kelantan. Dua jenis dinar emas ini mempunyai permintaan paling tinggi di Malaysia. Pendek kata, kalau puan nak jual nanti, tak perlu risau pasal pembelinya. Mesti akan ada orang nak beli. insyaAllah.
Pelaburan Untung 20%, Perniagaan Untung 200%!
  • KEENAM. Yang terakhir, tentang pelaburan sebagai instrument buat duit. Pada saya, pelaburan bukanlah jalan terbaik untuk buat duit bagi orang kebanyakkan. Pelaburan adalah tempat orang kaya-kaya buat duit.
  • Untuk buat duit lebih banyak, saya cadangkan sesiapa libatkan diri dengan perniagaan. Kalau pelaburan orang boleh dapat sekitar 20% setahun, tapi keuntungan melalui perniagaan, pulangan 200% setahun adalah terlalu biasa. Sebab tu Nabi pesan, 9/10 rezeki datang dari perniagaan. Emas bagi kebanyakkan orang adalah simpanan, tapi bagi saya, ia adalah PELABURAN + PERNIAGAAN. Dan emas adalah salah satu daripada beberapa perniagaan kami.
Saya cadangkan libatkan diri dengan bisnes tu sebab saya 'kesian' tengok orang MENUNGGU kenaikan harga emas yang tak lah berapa banyak bagi orang berniaga. Dengan modal yang sama, Anda boleh dapatkan lebih dari 20% setahun. Syaratnya, Anda perlu belajar berniaga dari orang yang tahu berniaga. Bukan melibatkan diri dalam mana-mana skim.

0 ulasan:

Comments
0 Comments

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...